Tuesday, July 1, 2014

TIPS ELAKKAN GASTRIK KETIKA BERPUASA

Antara masalah yang selalu dialami ketika berpuasa ialah sakit gastrik, kerana perut kita kosong untuk satu tempoh yang agak panjang dan sering kali digunakan sebagai alasan untuk tidak berpuasa. sebenarnya, masalah ini boleh dielakkan dan individu yang mengalami masalah ini tidak perlu mengelak untuk berpuasa sekiranya mereka mengikut cara pemakan yang betul. 

         Berikut dinyatakan beberapa tip ketika Ramadhan yang boleh diamalkan bagi mengelak masalah gastrik daripada menyerang perut kita :

1) berbuka secara ringan - penghidap gastrik harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak 'terkejut'. berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak

2) tidak berbuka terlalu berat - jangan memulakan suapan dengan makanan yang bersifat kompleks kerana ia boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

3) makan makanan yang mengandungi sulfur - banyakkan mengambil makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang puith

4) elak minum minuman berkafein ketika berbuka - elakkan minum minuman seperti kopi, tea dan nescafe kerana minuman yang mengandungi kafein boleh menyebabkan kalenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif.

5) elak makanan tinggi lemak - elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan

6) makan secara sederhana - makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang



Anda dah cuba? Dapatkan produk berkualiti ini di sini:

No comments:

Post a Comment