Wednesday, December 17, 2014

SIAPA PERLU VITAMIN???

SIAPA PERLU VITAMIN???

sebahagian besar orang tidak sihat memerlukan vitamin dan suplemen untuk kekal cergas. golongan yang seharusnya mengambil vitamin adalah :



1 ) warga emas berusia 65 tahun ke atas
pengambilan vitamin oleh golongan tua dikatakan mampu memperbaiki fungsi imuniti dan menurunkan risiko penyakit

2 ) pengamal diet ketat
mengamalkan diet ketat sebenarnya tidak terlalu baik untuk kesihatan kita. bagi anda yang makan kurang daripada 1000 kalori setiap hari atau mengalami sebarang alahan terhadap makanan, anda dinasihatkan untuk mengambil vitamin


3 ) perokok
amalan merokok boleh menurunkan kandungan vitamin c dalam tubuh. bagi anda yang merokok pengambilan 100mg vitamin atau suplemen perlu diamalkan setiap hari berbanding mereka yang tidak merokok. bagi anda yang bukan perokok, anda hanya dicadangkan untuk mengambil sebanyak 60mg vitamin


4 ) peminum alkohol
pastinya anda akan kehilangan zat dalam tubuh sekiranya anda mengambil minuman beralkohol. ini kerana alkohol mempengaruhi sistem metabolisme dalam badan

5 ) wanita mengandung & menyusukan bayi
wanita hamil dan menyusukan bayi memerlukan lebih nutrien terutamanya asid folik, zat besi, dan kalsium

6 ) vegetarian
anda yang tidak mengambil makanan lain selain sayur-sayuran memerlukan vitamin dari suplemen kerena ia akan membekalkan khasiat lain yang anda tidak amalkan seperti produk tenusu

sumber : Rapi (Jan '09)

No comments:

Post a Comment